Ramadhan datang lagi
Bersimpuh malu antara bulan mulia
Dan aku menyahut cintamu
Membersih noda dan dosa
Aku lihat kau tersenyum berseri
Memberi nikmat dan syafaat
Terangmu membawa cahaya
Di malam suci menanam taqwa
Menyubur jiwa
Aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
Terimalah senyuman tulus ikhlasku
Moga hati ini dekat padaNya
Selamat Berpuasa!
* Jangan lupa sentiasa update blog ini untuk mengetahui pelbagai informasi berkenaan C-FEST kali ke- 9!!
No comments:
Post a Comment